Jumaat, 11 September 2009

Kuih paling suka....



Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
2 cawan santan pekat
5 cawan air panas
cawan jus pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang (potong empat segi)

Cara Menyediakannya:
Adunan A
Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan.
Adunan B
Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair).

1. Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang di atas dulang.
2. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan.
3. Setelah itu bolehlah dikukus.
4. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya.
5. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.

..Inilah kuih yang aku suka tapi di JB susahlah nak cari yang sedap.kalau g bazar,first sekali aku mesti cari kuih ini tapi jarang ada kat bazar.Semalam,kebetulan g Mydin terjumpalah gerai yang jual kuih ini.Mahal harganya..satu 60 sen.So,aku beli dua sahaja nak cuba sedap tak???Masa buka puasa makan kuih dulu..sedap juga???nak buat pun,fikir dua kali.....hehe