Sabtu, 2010 Mei 15

Good Luck.....all the best!!!


Cikgu doakan semoga semua pelajar selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun,tidak cemas semasa menjawab,diberi ilham untuk menjawab soalan,dan mendapat keputusan cemerlang.Semoga berjaya semuanya.
Jom Cemerlang!!!Exam!!!!!

Selamat Hari Guru 2010


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guruku pernah mengajar aku sepatah perkataan yang memberi manafaat pada diri aku. Guru, sama ada yang masih hidup atau sudah meninggalkan dunia ini, jasa kalian tetap aku sanjung dan ingat sehingga ke akhir hayat. Moga Tuhan memberi kemuliaan atas jasa bakti yang pernah kau taburkan.
Jika ada antara kalian juga seorang guru, maka pikulllah amanah itu sebaiknya. Masa depan anak bangsamu berada di tangan dan bebanan bahumu. Selamat Hari Guru,. Moga Allah memberi kerahmatan, kemuliaan dan kekuatan pada setiap guru yang masih berkhidmat atau sudah bersara.

Sabtu, 2010 April 24

Renungan bersama......

Suatu ketika Muaz bin Jabal r.a mengadap Rasulullah s.a.w dan bertanya baginda:"Wahai Rasulullah tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t", ertinya:
"Pada sangkala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris"(Surah al Naba')

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang sangat besar, bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut.

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka ini adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:" Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. ", Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut. " Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka...

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s.w.t menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s.w.t. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. " Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. " Mereka adalah orang yang berbuat zina.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka yang penuh dengan penyakit sopak dan kusta.Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapa.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama Mereka melalui titian sirat seperti kilat. . Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik, mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.."

Manusia tidak terlepas dari kesalahan dan dosa. Tapi Allah memberi jalan untuk kita bagaimana untuk menghapuskan kesalahan dan dosa makhluk insan ciptaanNya. Marilah kita sama-sama bertaubat sebelum terlambat. Semoga segala kesalahan dan dosa kita diampunkan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun segala dosa. Semoga bila kita dibangkitkan kita berada bersama di dalam Barisan Kedua Belas itu. Amin ya Rabbal Aalamin.

Rabu, 2009 Disember 02

Kata-Kata Hikmah Untuk Kawan


Tahun Baru 2010 akan tiba...
satu lagi diari baru yang akan aku buka,
azam baru aku adalah memajukan diri...

cakap pasal nak memperbaiki diri,
aku terfikir, adakah aku dah jadi seorg sahabat yg baik???
adakah aku menjadi teman berbicara yg baik?
adakah aku menyimpan rahsia sahabatku??
adakah aku berusaha membantu rakan-rakanku?

Kadang-kadang aku terfikir,
diorg ni slalu kenakan aku,
ejek aku, bocorkan rahsia,
memalukan aku,
tapi, buat apa aku nak baik dngan diorg?

hurmm...aku akhirnya dapat jawapan,
biarlah apa yg diorg buat kat aku,
maybe diorg bukanlah sahabat yg baik,
tapi yg penting bagi aku,
aku akan cuba menjadi sahabat yg baik utk diorg!!!

Sedikit Nukilan Dari Hati Seorang Insan

Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhuwah ialah
menerima kritikan teman, menutupi aib teman,
dan mengampuni kesalahannya [Imam Syafi']

Khamis, 2009 November 26

Buah Kejujuran Nan Indah


"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan angin bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh Jangi Dost sendirian lalu melabuhkan punggungnya ke tebing sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan Jilan adalah sebuah pekan kecil yang di negeri Parsi. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Beliau berasal daripada keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Semasa Abu Salleh sedang berzikir, dia terpandang sebiji epal yang hanyut di bawa arus sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak semalam berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki saya," bisik Abu Salleh kepada dirinya sendiri lalu mengambilnya. Tanpa bertangguh lagi, beliau mengharungi sungai cetek itu dan mencapai buah epal yang dibawa arus. "Inilah rezeki saya hari ini."

Abu Salleh memakan epal itu sehingga habis. Tiba-tiba, beliau berdiri dengan wajah pucat lesi. "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Milik siapakah epal ini?" Anak muda itu merenung seketika ke arah hulu sungai. "Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai." Sebaik sahaja menarik nafas, kakinya melangkah menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kanan dan kiri sungai sekiranya ada pokok epal di situ. Jauh beliau berjalan meninggalkan pekan Jilan yang sudah tidak kelihatan lagi. "Langsung tidak kelihatan walau sepohon pokok epal." Kakinya semakin lemah. Namun, beliau terus melangkah sehingga akhirnya sampai ke sebuah ladang epal yang sangat luas. "Syukurlah! Akhirnya saya menemui sebuah ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemui tuannya." Abu Salleh melangkah lemah terus memasuki ladang epal dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah Sawmai berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya makan," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Beliau menceritakan segala hal keterlanjurannya memakan sebiji epal tanpa usul periksa siapa pemiliknya. Sheikh Abdullah mendengar dengan teliti setiap apa yang diceritakan kepadanya. Matanya memerhati dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Abu Salleh bercerita. Sebaik sahaja Abu Salleh habis bercerita, Sheikh Abdullah tersenyum. Syeikh Abdullah menarik nafas panjang dan berkata, "Saya dapat memaafkan saudara dengan satu syarat." "Katakanlah apa syarat itu? Saya cuba memenuhinya," jawab Abu Salleh. "Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun." Tanpa banyak soal, Abu Salleh menganngguk dan menyatakan persetujuannya. Keesokan harinya, bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu sehingga dua belas tahun lamanya.

Akhirnya, tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkan epal yang saya makan itu." "Saya mengenakan satu lagi syarat kepada saudara." Balas Abu Salleh, "Katakanlah syarat itu, saya tunaikan." "Syaratnya adalah saudara mesti mengahwini puteri saya." Terkebil-kebil mata Abu Salleh mendegar syarat kedua yang dituturkan pemilik ladang epal itu. "Tetapi biarlah saya berterus terang berkaitan dengan keadaan puteri saya itu." "Katakanlah. Saya cuba patuhinya." "Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua?" Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan memberikan sebuah senyuman. "Saya mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

Pada hari yang ditetapkan, majlis perkahwinan antara Abu Salleh dan Ummu Khair dilangsungkan. Pada malam perkahwinan, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Sebaik sahaja isterinya menoleh menyambut salamnya dan melihat ke arahnya, Abu Salleh terkejut. "Bukankah bapa mertuaku mengatakan isteriku seorang yang lumpuh, buta, pekak dan bisu?" Abu Salleh tersentak. Beliau segera beredar meninggalkan bilik pengantin yang dihias indah merayakan pernikahan mereka lalu berlari ke ruang tamu mencari bapa mertuanya. "Adakah perempuan lain di dalam bilik pengantin?" Sheikh Abdullah tersenyum, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itulah puteri saya, Ummu Khair Fatimah." "Bukankah isteri saya lumpuh, buta, pekak dan bisu?"

Sheikh Abdullah mengangguk dan tersenyum. "Saya mengatakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara terlarang. Saya katakan dia busu kerana tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan perkara yang sia-sia."

Wajah Abu Sallehyang kebingungan kemudian berseri-seri. Bibirnya mengukir seribu senyuman mendengarkan kata-kata Sheikh Abdulah. Abu Salleh menadah tangan, "Ya Allah, hamba mengucapkan syukur yang tidak terhingga." Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud menghidupkan agama.

Jumaat, 2009 November 20

Cuti Sekolah.....


Hari ini semua guru sibuk siapkan kerja yang perlu diselesaikan memandangkan cuti sekolah akan bermula esok.So,sebelum bercuti kita perlu bereskan dulu lagi pun itu tanggungjawab kita..Pejam celik dah 3 thn rupanya aku dah bergelar C.I.K.G.U SELAMAT BERCUTI!