Jumaat, 12 Ogos 2011

TAHUN 2011

Lamanya aku tak edit blog....hari ini baru terbuka hati nak edit kebetulan buka laman blog sekolah.hari nie dah masuk 13 ramadhan sudah.lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut syawal pula...pejam celik dah masuk syawal 2011.Suasana raya tahun lepas pun masih segar lagi dalam ingatanku.

Sebenarnya,tahun 2011 juga banyak dugaan yang kuhadapi..Ya Allah....berikanlah aku ketabahan dalam menghadapi dugaanMu.Masalah pekerjaan,masalah keluarga dan sebagainya. 26.8.2011 genaplah setahun peristiwa adik bongsuku kemalangan.Kini, adikku beransur pulih cuma adikku blm boleh bercakap dan berjalan sahaja.semoga tahun ini, kami sekeluarga dapat menyambut hari raya dengan meriah dan gembira.

Sebenarnya,perasaan sedih juga timbul di dalam hatiku apabila memikirkan hal keluarga aku dimana masing-masing sibuk dengan kerjaya yang menyebabkan hubungan mesra semakin hari semakin pudar.Adakah kerja menyebabkan hubungan keluarga semakin renggang?????? dulu klu blk kg gembira sangat dapt jumpa semua ahli keluarga.tapi sejak-sejak akhir kami jarang dapt berjumpa.Bila blk kg,macam2 masalah yang berlaku di kg aku dengar.Semoga kedatangan syawal kami sekeluarga dapat berkumpul dan memohon maaf.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan
di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

(Al-Baqarah : 20