Jumaat, 29 Oktober 2010

Adikku yang disayangi.....



Setiap kali aku blk kg pasti aku akan dengar adikku menangis,ketawa dan sebagainya.Tetapi pada akhir ramadhan tahun ini hinggalah hari ini,aku masih tidak dapat mendengar semua ini kerana adikku mengalami kecederaan otak akibat kemalangan pada 26.8.2010.Dah masuk 2bln,adik kak sangat merindui gelak ketawa adik yang masih segar dalam ingatan..kak dan family sentiasa berdoa agar adik cepat sembuh serta iringan doa mak dan ayah ke tanah suci dimakbulkan....amin.Walaupun,sibuk dengan tugasan tetapi dalam fikiranku masih teringat akan adikku yang terlantar sakit..bilaku melihat kanak2 lain bermain,g sekolah...aku rasa sangat sedih bila teringatkan adikku yang hanya mampu terbaring tidur di atas katil sahaja.Ya Allah...tabahkanlah hatiku dalam menghadapi dugaanMu.

Adakah aku mampu melakukannya.......

Aku adalah insan yang dlahirkan mempunyai perasaan dan pancaindera sempurna.Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah...tetapi adakah aku seorang insan yang boleh melakukan pelbagai kerja dengan cepat sehingga aku lupa kerjaku sendiri.Bila timbunan kerja banyak,aku rasa diriku tak setanding dengan robot yang cepat melakukan kerja dalam satu masa.Jika perkara itu benar,aku redha menerimanya tetapi setakat yang mana aku mampu melakukan sahaja.Itulah pesanan daripada seseorang.....Adakah perkara ini akan berakhir?????