Sabtu, 14 November 2009

Bulan November datang lagi...


Bila tiba bulan nov sahaja,dalam fikiran ku banyak peristiwa yang aku teringat sama ada gembira dan sedih..first,9.11 adalah tarikh lahirku dan anak saudara,Aina.so,aku dah masuk umur 27thn..rupanya.sekejap je umur dah meningkat.second,3.11.06 adalah hari kematian adik kesayanganku,sangat sedih bila teringat macamana saat-saat akhir masa adikku menghembus nafas terakhir...4.11.06 pula hari aku dan adikku miza pergi ambil kursus perkahwinan.nak batal tak boleh sebab dah daftar.lagipun miza kahwin bulan 12 so,terpaksalah juga pergi walaupun dlm keadaan sedih..cuti sekolah akan tiba,insyaallah aku akan balik terengganu pada 26.11.09 utk menyambut hari raya haji selps kerja sekolah sudh beres dan bertugas.Thn nie,giliran suami aku pula mengambil sebahagian Qurban kat kg..thn lepas aku dah ambil sebahagian.Rancang cuti nie nak g jalan-jalan rumah kawan lama sudah tak jumpa...rindu rasanya.Nak g bercuti di Pulau pun musim2 hujan sush sikit...laut bergelora.

Isnin, 12 Oktober 2009

Diari Bulan Syawal......

Hari nie dah masuk 23 syawal...tinggal 7 hari lagi tau nak beraya dan buat open house.lepas tue tiba pula happy deepavali..bulan syawal,belum sempat lagi aku edit blog.mlm nie baru kesempatan..bkn apa laptop aku selalu buat hal..kadang2 tension gak ssah nak buat keje.Beraya di kg baru nie mmg rasa happy,sampai hari nak bertolak ke Melaka masih pergi open hause kat Dungun rumah pak saudara abang Jamil..on the way katakan.Raya pertma,aku beraya rumah saudara yang terdekat je..ptg pula baru,aku blk rumah mertua..tue pun sekejap je sbb mlm tue suami aku nak bertlk ke Johor.Esk keje...so,berayalah aku keseorgn di smpg family yg kusygi.Raya ke2 hingga ke6,aku pergi rmh saudara ku yang jauh pula dan open house rmh abg2 n kakak2 aku.Tpi thn nie,tak sempatlah nak g beraya rumah kwn2..insyaAllah,raya haji nanti sampailah kot rumh kwn2 sbb cuti sek panjang.so,sempatlah..rindulak pd kwn2.Pagi raya ke5(khamis),family aku terima berita Pak Da masuk hospital dalm keadaan koma.Hari tue pula,abg Mie buat open house..aku jdi chef..buat mee goreng je kak su minta tlg sbb syamir demam.So,ptg jumaat baru aku g melawat Pak Da kat hospital dgn kak Zam.Pgi tue lak,aku g tlg kak siti,abg faisal buat open house..dlm gembira ada dukanya.Sabtu bertlk ke Melaka..hari ahad,aku teruskan lagi perjalanan blk ke Johor.Hari isnin aku MC,sebab krg sihat..masa kat klinik,aku terima pggilan dari kak zam dan adik irah bagitahu Pak Da(abg emak) dah meninggal dunia..so,apa lagi sedih sgt2.pastu,aku terus msg pengetua minta CRK.So,mlm tue gak,aku bertlk ke Tganu..blk dgn bas sbb kereta blm service lagi.Masa perjalanan,dlm pkul 12.30am aku terima msg dari adik irah bgithu mak long(kakak ayh) pula yang meninggal.So,kul6.30am bru smpi Tganu..aku trs pergi rumah mak long.Pastu blk rumah,mandi dan sarapn bru aku g rumah Pak Da...alhamdullah,pkul 11.30am selamat dikebumikan..lps tue,rumah ku riuh-rendh sibuk menyediakan makn tengahri utk saudaraku yg jauh dan dekt..menu ikan singgang,sambal belacan dan ikan goreng je..tapi happy le makn ramai2.lama tak merasai suasana mcm ini..lps asar pula,gotong royong msk mee goreng juadh utk tahlil malam itu..mlm tue gak,aku bertlk ke Johor semula...mmg penat.tapi apakan daya itu semua dugaan hidup....kita mesti redha ketentuan illahi.so,sekrng nie adik-beradik mak yang perempuan shja yang tiggl.Pejam celik 2X dah msk 4 thun 2 org adik kesayngnku meninggal dunia tetapi memori tetap dalam ingatnku..Di Johor,aku msh lagi rasa suasana raya sbb rakan2 sejawtku mengadakan open house..tq,kwn2.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Doa Anak Soleh


***Sebagai seorang anak,kita mesti mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita sepanjang masa kerana mereka sanggup berkorban apa saja demi kebaikan anak-anak mereka sejak lahir sampailah dewasa.So,berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup.Jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa kita.I love my parents...

Jumaat, 11 September 2009

Kuih paling suka....



Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
2 cawan santan pekat
5 cawan air panas
cawan jus pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang (potong empat segi)

Cara Menyediakannya:
Adunan A
Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan.
Adunan B
Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair).

1. Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang di atas dulang.
2. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan.
3. Setelah itu bolehlah dikukus.
4. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya.
5. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.

..Inilah kuih yang aku suka tapi di JB susahlah nak cari yang sedap.kalau g bazar,first sekali aku mesti cari kuih ini tapi jarang ada kat bazar.Semalam,kebetulan g Mydin terjumpalah gerai yang jual kuih ini.Mahal harganya..satu 60 sen.So,aku beli dua sahaja nak cuba sedap tak???Masa buka puasa makan kuih dulu..sedap juga???nak buat pun,fikir dua kali.....hehe

Selasa, 18 Ogos 2009

Ahad, 16 Ogos 2009

Munajat Illahi..


Bermuhasabahlah.......
Bermunajatlah.........
Ada kalanya tika waktu dan ketika dek kesibukan yang tak habis2.
Hingga kita alpa memohon kepadanya....
solat hajat bersama pelajar2 dan guru2 smkta

Ramadhan Tiba Lagi.....



InsyaAllah....pada 22 Ogos 2009,umat islam akan menjalani ibadah puasa,bulan yang mulia yang memiliki begitu banyak keutamaan. ..jadi sepuluh perkara untuk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan yang disampaikan oleh Imam Masjid Al Aqsha, Syeikh Muhamed Elshieh Mahmoud yang dikenal dengan nama Syeikh Shiyam..


Pertama, bulan Ramadhan adalah bulan ibadah.
Kedua, bulan Ramadhan adalah bulan kemuliaan.
Ketiga, bulan Ramadhan adalah bulan penuh kedermawanan.
Keempat, bulan Ramadhan adalah bulan tilawah Al Quranul karim.
Kelima, bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
Keenam, di dalam bulan Ramadhan, ada malam yang begitu mulia, yang diganjari dengan 1000 kali lipat setiap amalan ibadahnya, iaitu Lailatul Qadar.
Ketujuh, bulan Ramadhan mengajarkan kita akhlaq karimah. Beradab dan santun terhadap orang lain, dengan perbuatan dan ucapan. Kerana akhlaq mulia adalah inti ajaran yang mulia.
Kelapan, bulan Ramadhan adalah bulan dimana ditambahkannya pahala dan ganjaran orang-orang yang beribadah.
Kesembilan, bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan.
Kesepuluh, bulan Ramadhan adalah bulan di mana doa-doa orang yang beriman perkenankan Allah SWT.
Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas..InsyaAllah